You are viewing an old revision of this post, from November 17, 2013 @ 13:42:37. See below for differences between this version and the current revision.

Embek bin Ali

(August 1929 – 20/10/2008) 79 years of age

Ustaz Embek was well known for his tireless effort in exposing and eradicating deviant teachings in Singapore. He was adviser and patron to Perdaus, the Adult Religious' Students Association, which he led for 25 years.

May Allah bless his soul.

(Source: Webmaster)

Perjuangan dan komitmen Ustaz Embek disanjung

GIGIH mengesan dan membasmi ajaran sesat, komited kepada dakwah Islam dan seorang pemimpin suka rendah diri.

Itulah antara sanjungan pemimpin masyarakat Melayu/Islam kepada Allahyarham Ustaz Embek Ali yang meninggal dunia pagi semalam.

Mufti Syed Isa Semait ketika ditemui di Masjid Sultan semalam menyifatkan usaha Allahyarham mengesan dan membasmi kumpulan-kumpulan ajaran sesat di negara ini sebagai sesuatu yang murni.

'Beliau amat rajin dan bersungguh-sungguh menolak ajaran songsang. Beliau benar-benar mengambil berat dalam usaha tersebut, sehingga kini belum nampak lagi ada sesiapa yang boleh menggantikannya,' tambah Syed Isa.

Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Haji Mohd Alami Musa, juga mengingati sumbangan Allahyarham membantu Muis menghadapi cabaran pada zaman awal Muis.

'Pada waktu itu Muis belum lagi bertapak dan masih menerima kritikan dan tohmahan daripada masyarakat. Allahyarham banyak membantu Muis menerangkan kepada masyarakat mengenai usaha Muis.

'Secara peribadi pula, beliau merupakan rakan akrab kepada bapa saya, Haji Musa Yusof.

'Beliau sering mengunjungi bapa saya untuk membincangkan ehwal semasa, daripada situlah saya berpeluang bertukar idea dan pendapat dengan beliau,' kata Haji Mohd Alami.

Sementara itu, Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan dan Ehwal Dalam Negeri), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menghargai sumbangan Allahyarham kepada pembangunan Persatuan Pelajar Agama Islam Dewasa Singapura (Perdaus).

'Allahyarham seorang pemimpin yang mempunyai banyak idea yang mendahului zamannya. Antara sumbangan beliau ialah memberi nafas dan wajah baru kepada Perdaus,' katanya.

Encik Masagos, yang juga mantan Presiden Perdaus, menambah:

'Setelah mengundurkan diri dan memberi laluan kepada pemimpin baru, beliau memberi kebebasan kepada pucuk pimpinan baru menentukan masa depan persatuan itu.'

Bagi Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Mohamad Hasbi Hassan, beliau menyanjungi penglibatan Allahyarham dalam majlis Masyayikh persatuan itu - majlis penasihat yang terdiri daripada ulama-ulama mapan.

'Beliau antara yang paling komited, sering hadir apabila diundang untuk menghadiri mesyuarat atau perbincangan.

'Apabila perginya seorang yang berilmu seperti Ustaz Embek, kehilangannya lebih daripada kehilangan sebutir berlian, sumbangan beliau tidak ternilai,' kata Ustaz Mohamad Hasbi.

Revisions

Revision Differences

There are no differences between the November 17, 2013 @ 13:42:37 revision and the current revision. (Maybe only post meta information was changed.)

No comments yet.

Leave a Reply